Syaikh
Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthi adalah salah seorang tokoh ulama dunia yang
menjadi sumber rujukan masalah-masalah keagamaan.
Ketika
kritikan terhadap tradisi Maulid dan zikir berjama’ah, misalnya, dilontarkan
para pendakwa “muslim sejati”, al-Buthi hadir menjawab kritikan itu. Malah,
dalil yang digunakan sama sepertimana dalil yang diperhujahkan para pengkritik
itu.
Pada
sisi lainnya, beliau juga mengkritik dengan tajam pola pemikiran Barat.
Hujah-hujahnya membuat stereotip yang negatif terhadap Islam dan ketimuran pun
luput.
Sa’id
Ramadhan Al-Buthi lahir pada tahun 1929 di Desa Jilka, Pulau Buthan (Ibn Umar),
sebuah kampung yang terletak di bagian utara perbatasan antara Turki dan Iraq.
Beliau berasal dari suku Kurdi, yang hidup dalam tekanan kekuasaan Arab
Iraq selama berabad-abad.
Bersama
ayahnya, Syaikh Mula Ramadhan, dan anggota keluarganya yang lain, Al-Buthi
berhijrah ke Damsyiq pada ketika umurnya memasuki empat tahun. Ayahnya
merupakan figure yang amat dikaguminya.
Pendidikan
daripada sang ayah sangat membekas dalam kehidupan intelektualnya. Ayahnya
memang dikenal sebagai seorang ulama besar di Damsyiq. Bukan saja pandai
mengajar murid-murid dan masyarakat di kota Damsyiq, Syaikh Mula juga seorang
ayah yang memberikan sepenuhnya perhatian dan tanggung jawab bagi pendidikan
anak-anaknya.
Dalam
karyanya yang mengupas biografi kehidupan sang ayah, Al-Fiqh al-Kamilah li
Hayah asy-Syaikh Mula Al-Buthi Min Wiladatihi Ila Wafatihi, Syaikh Al-Buthi
mengurai awal perkembangan Syaikh Mula dari masa kanak-kanak hingga masa remaja
ketika turut berpe-rang dalam Perang Dunia Pertama. Kemudian menceritakan
pernikahan ayah¬nya, berangkat haji, hingga berhijrah ke Damsyiq, yang kemudian
harinya menjadi titik awal kehidupan baru bagi keluarga asal Kurdi itu.
Masih
dalam karyanya ini, Al-Buthi menceritakan kesibukan ayahnya dalam belajar dan
mengajar, menjadi imam dan berdakwah, pola pendidikan yang diterapkannya bagi
anak-anaknya, ibadah dan kezuhudannya, kecintaannya kepada orang-orang salih
yang masih hidup maupun yang telah wafat, hubungan baik ayahnya dengan para
ulama Damsyiq di masa itu, seperti Syaikh Abu Al-Khayr Al-Madani, Syaikh
Badruddin Al-Hasani, Syaikh Ibrahim Al-Ghalayayni, Syaikh Hasan Jabnakah, dan
lainnya, yang menjadi mata rantai tabarruk bagi Al-Buthi. Begitu besarnya atsar
(pengaruh) dan kecintaan sang ayah, hingga Al-Buthi begitu terpacu untuk
menulis karyanya tersebut.
Dari
Damsyiq ke Kaherah
Sa’id
Ramadhan Al-Buthi muda menyelesaikan pendidikan menengahnya di Institut
At-Tawjih Al-Islami di Damsyiq. Kemudian pada tahun 1953 ia meninggalkan
Damsyiq untuk menuju Mesir demi melanjutkan studinya di Universiti Al-Azhar.
Dalam tempoh dua tahun, beliau berhasil menyelesaikan pendidikan sarjana S1 di
bidang syari’ah. Pada tahun berikutnya di Universiti yang sama, ia mengambil
kuliah di Fakulti Bahasa Arab hingga lulus dalam waktu yang cukup singkat
dengan sangat memuaskan dan mendapat izin mengajar bahasa Arab.
Kemahiran
Al-Buthi dalam bahasa Arab tak diragukan. Sekalipun bahasa ini adalah bahasa
ibu orang-orang Arab seperti dirinya, sebagaimana bahasa-bahasa terkemuka dalam
khazanah peradaban dunia, ada orang-orang yang memang dikenal kepakarannya
dalam bidang bahasa, dan Al-Buthi adalah salah satunya yang menguasai bahasa
ibunya tersebut. Di samping itu, kecenderungan kepada bahasa dan budaya
membuatnya senang untuk menekuni bahasa selain bahasa Arab, seperti bahasa
Turki, Kurdi, bahkan bahasa Inggeris.
Lulusnya
dari Al-Azhar, Al-Buthi kembali ke Damsyiq. Ia diminta untuk membantu mengajar
di Fakulti Syari’ah pada tahun 1960, hingga berturut-turut menduduki jabatan
pentadbiran, bermula dari pengajar tetap, menjadi wakil dekan, hingga menjadi
dekan di fakulti tersebut pada tahun 1960.
Lantaran
keluasan pengetahuannya, beliau diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah
lembaga penyelidikan theologi dan agama-agama di Universiti yang berpusat di
Timur Tengah itu.
Tak
lama kemudian, Al-Buthi dipilih pimpinan rektorat kampusnya untuk melanjutkan
program doktoral bidang usul syari’ah di Al-Azhar hingga lulus dan berhak
mendapatkan gelaran doktor di bidang ilmu-ilmu syari’ah.
Aktivitinya
sangat padat. Beliau aktif mengikuti pelbagai seminar dan persidangan peringkat
antarabangsa di pelbagai negara di Timur Tengah, Amerika, mahupun Eropa. Hingga
sebelum kematian beliau, masih menjawat jawatan sebagai salah seorang anggota
di lembaga peneli-tian kebudayaan Islam Kerajaan Jordan, anggota Majlis
Tertinggi Penasihat Yayasan Thabah Abu Dhabi, dan anggota di Majlis Tinggi
Senat di Universiti Oxford Britain.
Penulis
yang Sangat Produktif
Al-Buthi
adalah seorang penulis yang sangat produktif. Karyanya menca¬pai lebih dari 60
buah, meliputi bidang syari’ah, sastra, falsafah, sosial, masalah-masalah
kebudayaan, dan lain-lain. Beberapa karyanya yang dapat disebutkan di sini,
antara lain, Al-Mar‘ah Bayn Thughyan an-Nizham al-Gharbiyy wa Latha‘ifat-Tasyri’ ar-Rabbaniyy, Al-Islam wa al-‘Ashr, Awrubah min at-Tiqniyyah ilaar-Ruhaniyyah: Musykilah al-Jisr al-Maqthu’, Barnamij Dirasah Qur‘aniyyah,
Syakhshiyyat Istawqafatni, Syarh wa Tahlil Al-Hikam Al-‘Atha‘iyah, Kubra
al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah, Hadzihi Musykilatuhum, Wa Hadzihi Musykilatuna,
Kalimat fi Munasabat, Musyawarat Ijtima’iyyah min Hishad al-Internet, Ma’a
an-Nas Musyawarat wa Fatawa, Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fi Al-Qur‘an,
Hadza Ma Qultuhu Amama Ba’dh ar-Ru‘asa‘ wa al-Muluk, Yughalithunaka Idz
Yaqulun, Min al-Fikr wa al-Qalb, La Ya‘tihi al-Bathil, Fiqh as-Sirah, Al-Hubb
fi al-Qur‘an wa Dawr al-Hubb fi Hayah al-Insan, Al-Islam Maladz Kull
al-Mujtama’at al-Insaniyyah, Azh-Zhullamiyyun wa an-Nuraniyyun.
Gaya
bahasa Al-Buthi istimewa dan menarik. Tulisannya kaya dengan tema-tema yang
dibawanya. Tulisannya tidak tersasar dan keluar dari akar permasalahan dan kaya
akan sumber-sumber rujukan, terutama dari sumber-sumber rujukan yang juga
diambil lawan-lawan debatnya.
Akan
tetapi bahasanya ada kalanya tidak dapat dipahami dengan mudah oleh kalangan
bukan pelajar, disebabkan unsur falsafah dan mantiq, yang memang merupakan
kepakarannya. Oleh kerana itu, majlis dan halaqah yang diasakannya di pelbagai
tempat keramaian kota Damsyiq menjadi sarana untuk memahami karya-karyanya.
Walau
demikian, sebagaimana dituturkan pecinta Al-Buthi, di samping mampu membedah
logik, kata-kata Al-Buthi juga sangat menyentuh hati, sehingga mampu membuat
pembacanya berurai air mata.
Pembela
Mazhab yang Empat
Syaikh
Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthi membina halaqah pengajian di masjid Damsyiq
dan beberapa masjid lainnya di sekitar kota Damsyiq, yang dijalankan hampir
setiap hari. Majlis yang dipimpinnya selalu dihadiri ribuan jama’ah, laki-laki
dan perempuan.
Selain
mengajar di berbagai pusat pengajian, beliau juga aktif menulis di berbagai
media massa tentang tema-tema keislaman dan hukum yang asing, di antaranya
berbagai pertanyaan yang diajukan kepadanya oleh para pembaca. Ia juga
menyemarakkan program dialog keislaman di beberapa stesyen televisyen dan radio
di Timur Tengah, seperti di Iqra‘ Channel dan Ar-Risalah Channel.
Tokoh
Pembela Ahlu Sunnah Waljamaah
Dalam
hal pemikiran, Al-Buthi dianggap sebagai tokoh ulama Ahlussunnah wal Jama’ah
yang lantang membela konsep-konsep Mazhab yang Empat dan aqidah Asy’ariyah,
Maturidiyah, Al-Ghazali, dan lain-lain, dari serangan pemikiran dan pengkafiran
sebahagian golongan yang menganggap hanya merekalah yang benar dalam hal agama
(baca: Salafi Wahabi). Berbekal pengetahuannya yang amat mendalam dan diakui
berbagai pihak, beliau masak dengan berbagai permasalahan yang timbul dengan
fatwa-fatwanya yang bertabur hujah dari sumber yang sama yang untuk dijadikan
dalil para lawan debatnya. Hujah-hujah Al-Buthi juga menyejukkan bagi yang
benar-benar ingin memahami pemikirannya.
Al-Buthi
bukan hanya seorang yang pandai di bidang syari’ah dan bahasa, ia juga dikenal
sebagai ulama Sunni yang multidisiplin. Beliau terkenal dengan kealiman dalam
ilmu falsafah dan aqidah, hafizh Qur’an, menguasai ulumul Qur’an dan ulumul
hadis dengan cermat. Sewaktu beliau melakukan kritikan keatas pemikiran
falsafah materialisme Barat, di sisi lain beliau juga melakukan pembelaan atas
ajaran dan pemikiran mazhab fiqih dan aqidah Ahlussunnah, terutama terhadap
tuduhan kelompok yang menisbahkan dirinya sebagai golongan Salafiyah dan
Wahabiyah.
Dalam
hal yang disebut terakhir, ia menulis dua karya yang meng-counter berbagai
tuduhan dan dakwaan-dakwaan mereka, yakni kitab berjudul Al-Lamazhabiyyah
Akbar Bid’ah Tuhaddid asy-Syari’ah al-Islamiyyah dan kitab As-Salafiyyah
Marhalah Zamaniyyah Mubarakah wa Laysat Mazhab Islamiyy. Begitu pula
hubungannya dengan gerakan-gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin Syria yang
kelihatan kurang baik, tentunya dengan berbagai perbezaan pandangan, yang
menjadikan ketidaksetujuannya itu kelihatan dalam sebuah karya yang berjudul Al-Jihad
fi al-Islam, yang terbit pada tahun 1993.
Barisan Ulama yang setia bersama-sama al-Syahid al-Buti
melawan konspirasi jahat pihak asing terhadap Syria
Tawassuth
Di
era 1990-an, Al-Buthi telah menampakkan keintelektualannya dengan menggunakan
sarana media informasi, seperti televisyen dan radio. Ini demi membawa
pemikiran-pemikirannya yang tawassuth (pertengahan) di tengah
gerakan-gerakan fundamentalisme Islam yang muncul.
Sayangnya,
disebabkan keakrabannya dengan penguasa politik Syria saat itu, Hafizh Al-Asad,
menimbulkan sikap dingin di kalangan pemerhati politik. Namun pendekatannya itu
menjadi wadah politik Syria dalam menyokong perjuangan Hamas (Harakah
al-Muqawamah al-Islamiyah) dalam menghadapi ancaman Israel, sekalipun beberapa
pandangannya dicemuh beberapa pihak.
Walaupun
di usia yang semakin senja, Syaikh Al-Buthi masih tetap menulis, samada melalui
websitenya yang sendiri mahupun beberapa media massa dan elektronik lainnya.
Betapa besar harapan umat ini, khususnya kalangan Ahlussunnah wal Jama’ah,
menanti karya-karyanya yang lain terlahir, untuk memenuhi dahaga ilmu yang tak
pernah habis-habisnya.
Di
mata beberapa ulama dan ustadz-ustadz yang pernah menimba ilmu di Syria, saat ini
Al Buthi lebih dikenal sebagai tokoh ulama sufi dibanding tokoh pergerakan.
Buku-buku karya Al Buthi banyak beredar di Indonesia dan karyanya banyak
menjadi rujukan. Salah satu bukunya berisi kritik terhadap gerakan kelompok
Salafy Wahabi berjudul Salafiyyah; Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Mazhab
Islami.
Kata
Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau
(Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya: "Tidak tinggal lagi
umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku
sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk
mendoakan aku"
Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran). Semoga Allah senantiasa memberikan ampunan dan Rahmat yang agung kepada beliau, amiin. Rahimahullah ya Syaikhul Syuhada'.
Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran). Semoga Allah senantiasa memberikan ampunan dan Rahmat yang agung kepada beliau, amiin. Rahimahullah ya Syaikhul Syuhada'.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar